YAB/YB 19 Jun 2011
Kami menulis mewakili rakyat Malaysia yang bertandatangan ingin meminta YAB untuk mengutarakan isu perbelanjaan RM1,758,432 oleh datuk Seri Dr Ng Yen Yen di bawah Kementerian Perlancongan untuk memulakan, mengurus dan memantau fan page Tourim Malaysia ~ Cuti-cuti 1Malaysia Facebook beralamat http://www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia.
Merujuk kepada jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri Perlancongan, James Dawos Mamit di Parlimen, setiap 6 aplikasi di facebook bernilai RM293,072 — Cuti-Cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1 Malaysia, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia, Kempen 1 Malaysia Bersih dan Fabulous Food 1 Malaysia. James Dawos Mamit menjelaskan bahawa kos yang hampir RM1.8 milion itu adalah termasuk kos rekabentuk, pengaturcaraan flash dan pengkodan, pengujian dan debugging, memuat naik dan melancarkan aplikasi, sistem pelayan penggunaan dan pengurusan kempen.
Walaubagaimanapun, fan page facebook tidak memerlukan semua yang dinyatakan seperti di atas. Kos untuk pengujian dan debugging, muatnaik, pelancaran aplikasi, penempatan sistem server sebenarnya boleh diabaikan kerana meraka merupakan proses yang dilakukan oleh facebook sendiri. Kami meragui jumlah di atas mungkin bukanlah digunakan untuk tujuan laman facebook seperti yang dimohon oleh kementerian berkenaan. Selagi mana Menteri Perlancongan tidak menyatakan secara jelas butiran tugas-tugas yang telah dilaksanakan, kami tidak akan tahu bagaimanakah jumlah perbelanjaan tersebut digunakan untuk tujuan fan page yang dikatakan.
Kami memohon Datuk Seri Dr Ng Yen Yen untuk membentangkan butiran tugas-tugas yang telah dilakukan dan juga pecahan kos bagi fan page dan juga kempen yang berkenaan. Masa yang diperuntukkan kepada Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyediakan laporan terhadap isu ini adalah 72 jam, bermula 12 tengah malam 20 Jun 2011, dan berakhir pada 12 tengah malam 23 Jun 2011. Sekiranya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen gagal mengemukakan laporan bertulis yang memuaskan di dalam laman web peribadinya (http://www.drngyenyen.com/) dalam tempoh yang ditetapkan, kami dengan berbesar hati memohon beliau untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Perlancongan dengan serta merta.
Atas alasan ini, kami mendesak supaya Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan SPRM menjalan siasatan sekiranya terdapat salahurus dana atau rasuah terlibat. Sekiranya didapati perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku, kami memohon kontrak dengan Impact Creations Sdn Bhd digantung dan syarikat berkenaan membuat pembayaran balik dengan serta merta. Kami dengan berbesar hati memohon agar Menteri Perlancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen bertanggungjawab dan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Perlancongan dengan serta merta.
Kami percaya dan amat berharap Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan SPRM akan mengenakan tindakan melalui prosedur-prosedur yang liberalistic, telus, bertanggungjawab dan profesional.
“SEMOGA MALAYSIA MAJU JAYA”
Dengan menekan pada butang “Like”, kami meletakkan e-signature untuk setuju dan menyokong petisyen atas.
Sekiranya mempunyai kekeliruan terjemahan, sila merujuk pada versi Bahasa Inggeris sebagai salinan muktamad di http://www.facebook.com/note.php?created&¬e_id=161146723951078&id=159764004089350
![]()








